assie's Diaryland
Diary
-----------------------------------------------------------------------------------------
Adab-adab
Selamat Hari Raye Aidiladha.. Adab-adab Ringkas Menyambut Hari Raya Eid al-Adha 1. Membaca takbir secara berjemaah, terutama selepas solat fardhu. Berdasarkan sunnah, waktu takbir, bermula selepas solat subuh hari wukuf di Arafah (9 Zulhijjah), sehingga waktu asar 13 Zulhijjah. Firman Allah (Dan sebutlah kamu akan Allah dalam beberapa hari yang tertentu bilangannya. Al-Baqarah:208) 2. Mandi sunat eid. 3. Memakai pakaian yang terbaik, berwangi-wangian. 4. Makan selepas solat sunat eid al-adha. Sabda nabi (Janganlah kamu makan sehingga selepai kamu menunaikan solat sunat – Hadith riwayat Tarmizi, martabat sohih). Perkataan ‘jangan’ di dalam hadith ini bukan bermaksud haram, tetapi tidak digalakkan. 5. Pergi ke masjid berjalan kaki. 6. Pergi ke masjid melalui jalan yang berbeza dengan jalan pulang ke rumah (khilaf ‘ulama’, sama ada sunnah atau bukan sunnah, sebaik-baiknya kita mengikutnya sebagai sunnah) 7. Mengucapkan taqaballahu minna wa minka, atau ucapan tahniah yang lain seperti selamat hari raya, eid mubarak dan seumpamanya.
8:53 a.m. - 2005-01-19
-----------------------------------------------------------------------------------------
previous - next
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|