assie's Diaryland Diary

-----------------------------------------------------------------------------------------

Bisnes

Aku rase lately, kalau berjalan gi kelas or berjalan balik dari kelas, topic perbincangan aku ngan bugs sure pasal bisnes. Tak habis2 pasal nak buwat bisnes. Bisnes A la, Bisnes B la, belum habis selesai bincang bisnes B ngan A, bisnes C pulak ktrg dah citer. Lepas solat sesame kat bilik aku ni haa, belum doa pun lagik, dah ade idea Bisnes D. Astagfirullahalazim. Lenkali solat khusyu'2 laa sikit bugs oi.(heheh, mcm diri sendirik cukup kusyu' jek. Huhu. Ashamed of myself)

Mmg aku minat laa bab2 membuwat bisnes ni. Aku paling suke part Management ni laa.. haha..Kalu suruh aku gi jage kedai and pujuk2 org beli mungkin aku x skill kot, sbb aku bab memujuk org ni mmg agak gagal laa. Haha. Bugs pun begitu juge. Kesimpulannyeh kitrg nak jadik boss, pastuh suruh org jual(ni kalau ade kedai). Mase ktrg skolah dulu, Bugs was the Presiden of Kelab Keusahawan Muda. Jangan main2. Aku still ingat mase f4 Friendship Day, mmg best giler laa menjual makanan and untung gilerr.(Bugs, ingat dak gi rumah bedy wat choc kek and balik lambat naseb x kene tahan ngan pacik jaga?) Mase f4 ktrg(4T) mmg rajin wat bisnes kecil-kecilan - jual mini pizza(roti and cheese and sosej wat kat ironing room block F..huhu). AKu cam leh bayangkan muke kak jah and baity and Diyana kat ironing room tu. Uwaa.. miss those days so much.

Anyway, In our mind skarang mmg nak bukak pusat tuisyen kat Putrajaya. Pusat tusyen tu ade Cafe cam yg ade kat Hartley Library tu and Cyber Cafe. Haha. Konon Bugs nak settle down kat sane, kalau dapat sewa kedai kat Allamanda Putrajaya tu pun cuns gak. Ok, tapi sbb nampak cam ambitious sangat, ktrg kene start secare kecil-kecilan. Mule2 mungkin jadik cikgu tuisyen dulu kat mane-mane pusat tuisyen. Heard from a friend, jadik cikgu tusyen kat KL leh dapat dalam RM1700 per month. Dah laa part time. Huhu. Nak same gaji starting keje as engineer tu..Kalu aku kene keje kat PJ as engineer TNB(hopefully :), weekend mmg aku nak keje part time cikgu tuisyen la. Kalu jadik home tutor pun ok gaks. Depends kat mane rumah sewa aku nanti, sbb bugs plan konon rumah sewa aku nanti laa jadik pusat tuisyen ktrg. Hehe. Semangat tuh. (nasya, jom laa kite sewa rumah sesame, ko leh ajar Pendidikan Islam dan Moral). Bugs nak ajar M3, Add m3, Further M3, Operational Research, Optimization, M3 in French and Germany etc. Aku lak suke nak jadik cikgu Physics, Chemistry, Science, Alam dan Manusia, Geography, Sejarah, Kesusateraan Sanskrit, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta Lukisan. Kirenyeh ktrg nak ajar2 budak2 skolah menengah la. Kalau darjah 2 pun nak gi tuisyen leh gaks hantar kat aku. Kalau tadika nak belajar ABC pun kami sedia mengajar. So, sape2 yg nak hantar anak, adik, sepupu or diri sendirik, buleh laa hubungi kami selepas kami grad tahun depan. Keskes. Asal tanak jadik lecturer terus? Hmmmmmmmmmm...itu need further discussion kot.

Pastuh, hari ni jek ktrg dah bercadang nak beli tanah kat kampung(oh well, ktrg ni sekampung kat padang rengas, perak..huhu, tok and opah kami saling kenal mengenali dan ziarah menziarahi). Tanam jagung pun untung tau. Bugs kater org yg tanam jagung kat kampung ktrg tu untung banyak giler jual jagung, ye ke pacik Meme? Kelapa sawit pun. Bela kambing dan kerbau dan seladang dan lembu dan selembu pun. Penternakan ikan air tawar pun. Aper2 yg berbakti pd tanah, kalau kene gayenyeh, tekniknyeh, i-Allah, takde aper yg mustahil ye x? Hehe..cita2 besar 2 orang manusia nih.

Pastuh ade lagik, nak bukak Wisma Wanita. Bugs, please tukar name Wisma ko ni. Aku x berkenan sungguh. Basically, it is like a One-Stop for women laa. Ade Saloon(hair, facial, sauna etc), Boutique and Gym. Kire cam ala-ala pusat kesihatan jugak. Special discounts for wanita2 soton and TKCians. Heheh. Location ktrg nak wat kat TTDI(haha, macam murah jekkkkk nak sewa kedai situ!) or Damansara. Bugs, kalu x pun wat kat rumah ko kat Putrajaya je la. Kater ade 3 bilik. Satu bilik wat Saloon, satu Gym and satu boutique la. Ko tido laa dalam sleeping bag.

Mase bukak pose tadik lak, citer pasal MLM. MLM ni kire cam Zhulian, CNI, Cosway etc. Erk, ni berdasarkan pemahaman ktrg la. Ade sorang macik ni dapat 3 mercedes jual "Beautiful". Isk isk.. Hendak seribu daya x hendak seribu dalih. Tapi aku rase org yg survive MLM ni mmg org yg tabah, tekun, rajin, cekal dan bukan set2 sensitif cam aku kot. Haha. Alaa.. aper2 pun nak berjaye kene ade ciri2 tu kan? Heh.

Hmm. Ade lagik. Yang lepas solat, bugs came out ngan idea "Server" tapi ni cam xleh citer kat sini jek. Rahsia kerajaan. Huhu.

Oh yes, idea lamer ktrg dari 2nd year nak bukak tadika. Nursery tak larat kot. Budak2 skarang ni dah pandai sue2 org. Hoo, ktrg punye subject Management ade laa blajar Law Of Negligence. Mmg cikgu tadika ni salah satu dari profession yg bahaye gaks laa aku rase. Huhu. Susah gaks tuh. Tapi aku nak jadik cikgu tadika laa. Kanak2 umur 3 dan 4 tahun je aku nak ajar. 5 dan 6 tahun ko laa ajar bugs. Ko garang sikit. Heh. Actually aku x penah ade tadika, penah pergi 5 tadika tapi takde satu pun yg tetap la. Kirenyeh kalau ade kanak2 yg tak mahu pergi tadika aku tahu laa kenape sbb aku dah merasai dulu2. Haha.

Aper2 pun aku rase one thing kene ingat, kita wat bisnes2 ni bukan sekadar nak kejar kekayaan dunia semata ye x? Aku still ingat mase aku wat practical kat JanaManjung last summer, this one Senior Engineer cakap, duit ni banyak mane pun tak cukup, gaji dy belas2 ribu pun dy rase same tak cukup cam mase dy baru start kerje. Sbb biler dah duit makin banyak, perbelanjaan pun makin besar, at the end, org gaji belas ribu pun rase x penah cukup duit and berhutang same jek cam org gaji sikit. Dah tu nape nak wat bisnes? Nape nak carik duit banyak2? AKu rase kalau untuk aku la, aku nak ade bisnes sbb aku suke and minat. Secondly, tho money is not everything, tapi kalau kita ade banyak duit kite leh tolong ramai org yang less fortunate.(gosh, asal jawapan tipikal cam budak jah 2 nih) But i think it's true. Kalau ade sape2 nak bangkang or ade idea lain, let me know. Yang penting, kene selalu doa laa supaye kita menjadi hamba Allah yg sedar, duit ribu2 dalam bank kita tu bukan milik kita and bukan nyeh kite dapat semata-mata atas usaha kite siang malam kerja keras, TAPI semuanya datang dari Allah. Aku harap sangat aku ingat mende ni biler2 aku kaye nanti, i-Allah.(huhu..Amin).

Fuhh.. itu je kot aku nak tulis. Nanti kalu teringat yg lain aku tambah. Hoho. Can't wait to see what is going to happen in 10 years time kalau panjang umur. Bugs with her triplets ke. Huhu. And nak tgk yg mane satu dari idea2 org2 ngah depress and stress and tension taklarat nak blajar di atas yg berjaye dibuwat. Dah masok Week 7 bersekolah and aku rase cam hhmmm - %%$£$)(**&%$!£%$. The surrounding is SO TENSE. I miss home so badly and every single day I just wish that Allah give me extra time to finish all the workload. And I wish I could see my mom just for a minute and hug her. How long do I have to wait to hug my mom? Anyone leh bayarkan ticket flight aku nak balik Msia december ni x? Huhu....

Panjang pulak aku membebel, kene sambung belajar. I just realize that I haven't finish my FIRST SEMESTER yet, tp berangan cam minggu depan Graduation. Huhu. Countdown to finish my uni life : approximately 6 months! Fly time flyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy...

10:12 p.m. - 2004-11-22

-----------------------------------------------------------------------------------------

previous - next

latest entry

about me

archives

notes

DiaryLand

contact

random entry

other diaries: