-----------------------------------------------------------------------------------------
Jam di dinding bilikku menunjukkan pukul 12 malam. Aku masih di meja studiku memikirkan
apalah yang aku mahu santap untuk sahur besok memandangkan aku hanya mempunyai makanan
mentah sahaja.
Tiba-tiba aku mendapat suatu idea yg bernas. Aku mahu memasak nasi goreng. Lalu aku ke dapur
untuk memasak daging burger lembu berjenama Tahira yang kubeli sebulan yang lalu di kedai
Cash and Carry.
Daging itu kuletakkan di dalam sebuah bekas plastik dan ku masukkan ke dalam microwave. Masa
kusetkan kepada 30 minit. Kemudian aku menyambung pembelajaran di dalam bilik.
Setelah 15 minit berlalu, aku tertanya kepada diri sendiri, "Eh, bekas ape ek aku gune nak
masak burger dlm microwave tu? Rase cam ade x kene jek.." Aku pun terase seperti mahu ke
dapur dan di samping itu mahu membasuh gelas berisi air asam jawa yg aku buwat kerana aku
tidak mempunyai suara. Eh, ada suara tetapi seperti Anita Sarawak mahupun Ella mahupun Ramli
Sarip ataupun Sheqal(sila pilih mana-mana yg sesuai).
Setibanya aku di pintu dapur,
alangkah terkejutnya apabila mendapati dapurku dipenuhi dengan jerebu/kabut/asap putih. Aku
bergegas masuk ke dapur dan baunya masya-Allah, hanya Allah yg tahu. Aku menghentikan timer
microwave, membuka tingkap2 dapur dan berlari keluar dari dapur kerana hampir lemas
kesesakan nafas.
Aku masok ke bilik dalam ketakutan. kemudian aku berfikir. Bekas plastik
yang aku gunekan bukanlah dari jenis yg boleh dimicrowavekan!! Pada masa itu yg aku fikirkan
adelah keselamatan kawan-kawan aku yg semuanya sedang tidur. Aku bimbang tindakbalas kimia
yg berlaku ke atas plastik + burger + suhu tinggi akan membebaskan gas beracun dan akan
meresap masok ke dalam bilik kawan2 aku dan membunuh mereka di dalam tidor. Pada masa itu
aku terus teringat akan muka Dr Chen yg menerangkan di dalam kelas High Voltage Engineering
bahawa "during breakdown at a very high field, SF6 will produce a poisonous gas." TIDAK!!
Aku tidak kesah kalau fire alarm berbunyi, tp aku kesah kalau aku menjadi headline Daily
Mirror, The Times keesokan paginyeh sebagai pembunuh rakan-rakan seflat kerana memasak
burger. Lantas aku mencapai Yasin dan membaca Yasin di atas katil dan berdoa agar tindak
balas kimia yg berlaku di dalam microwave itu tidak membawa maut kepada rakan-rakanku(series
mase tuh jantung aku cam berhenti berdegup sbb takot gilerrr). Aku kemudian menelefon Fita,
rakan sebelah bilik dan memberitahu apa yg berlaku.
Dalam setengah jam kemudian, aku ke dapur semula dan mendapati keadaan sudah pulih seperti sedia kala. Tiada lagi asap putih. Cuma yg tinggal bau yg begitu tengit. Aku memeriksa apalah nasib bekas plastik dan daging burgerku. Keadaan mereka sungguh dasyat sekali. Daging burger ku merekah seperti batu-bata dan meresap ke dalam bekas plastik. Bekas plastik di bahagian yg mempunyai burger mencair dan berlubang dan berwarna hitam hangit.
Nampaknya burger itu bukan rezeki ku. Walaubagaimanapun, aku meletakkan burger yg sudah melekat dgn bekas plastik itu di atas meja makan dan meninggalkan sekeping nota yg berbunyi, "Sape nak sahur burger ni amek la. Love, assie"
Pagi tadi aku bangun dengan keadaan berdebar-debar. Alhamdulillah, semua ahli flatku masih hidop.
Hehehe.. Bile pk balik, kelakar btol. Tapi klakar2 pun scary woo. Mule2 ingat nak simpan burger ngan tupperware tu as kenang-kenangan. Tapi bau dy masya-Allah, tade sape pun tahan. Huhu. It's 3 in the morning already..guess have to sleeppp now.. Have a nice day everyone :)
6:59 p.m. - 2004-11-10
-----------------------------------------------------------------------------------------