assie's Diaryland Diary

-----------------------------------------------------------------------------------------

Sleeping

This is my current wallpaper. I feel like sleeping whenever I look at this picture. Got the pic from fotopages, cant remember whose fotopages, is it aydeology or shz? Both are equally talented! Hmm..Sleeping is surely the bestest thing in the whole universe (erk, for me :).



Hadis dari Abu Hurairah r.a:
Sesungguhnya Nabi s.a.w bersabda: Syaitan akan mengikat hujung kepala seseorang yang sedang tidur dengan tiga ikatan, menyebabkan kamu tidur dengan cukup lama. Apabila seseorang di antara kamu itu bangkit seraya menyebut nama Allah, maka akan terlepaslah ikatan yang pertama. Apabila dia berwuduk maka akan terbukalah ikatan yang kedua. Apabila dia sembahyang maka akan terbukalah ikatan semuanya. Dia juga akan merasakan suatu kesegaran dan ketenangan hati, jika tidak dia akan merasa malas dan kekusutan hati.

Hadis dari Abu Hurairah r.a:
Nabi s.a.w bersabda: Apabila salah seorang di antara kamu bangkit dari tidurnya, janganlah dia mencelupkan tangannya ke dalam bekas air sebelum membasuhnya terlebih dahulu sebanyak tiga kali kerana dia tidak tahu di manakah tangannya diletakkan ketika tidur.

Hadis dari Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w telah berpesan kepada ku dengan tiga perkara, berpuasa tiga hari pada setiap bulan, mendirikan sembahyang Dhuha dua rakaat dan mendirikan sembahyang sunat witir sebelum tidur.

Hadis dari Ibnu Umar r.a:
Dari Nabi s.a.w bersabda: Jangan kamu biarkan api (pelita) menyala di rumah-rumah kamu ketika kamu sedang tidur.

Hadis Sahih Muslim

8:50 p.m. - 2005-03-05

-----------------------------------------------------------------------------------------

previous - next

latest entry

about me

archives

notes

DiaryLand

contact

random entry

other diaries: