assie's Diaryland Diary ----------------------------------------------------------------------------------------- Tiba-tiba... Got this sajak from Kak Ainun(tkcoga mailing list). Ya Allah, seram dan mengerikan sungguh. Huhu. Orang2 yg takot mati cam aku ni adelah org2 yg x bersedia nak mati sbb tahu dosa banyak cam buih di lautan and amalan baik tak tahu laa banyak mane je yg Allah terima. Kalau bace laa kisah2 para sahabat Rasulullah saw, sumehnyeh cintakan kematian. Huhu... 'Ya Allah..matikanlah kami dalam keimanan dan sebaik-baik kesudahan..' ![]() Ada 5 perkara yang Allah rahsiakan, Hari Kiamat, Malam Lailatul Qadar, amalan baik kita yang manakah Allah redha dengan kita, amalan jahat manakah yang menyebabkan Allah murka dengan kita dan bilakah tarikh KEMATIAN KITA. Mari kita hayati sajak ini, agar menjadi satu panduan untuk kita semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ SETIAP DETIK UMUR PERGI Setiap detik umur kita pergi Pergi tidak akan kembali lagi Setiap nafas turun naik mengurangkan lagi Dari detik ke minit, dari minit ke saat Dia bertambah laju pergi Dihakis lagi umur kita, tanpa kita sedari Dari saat ke hari, speed kelajuannya bertambah lagi Lagi cepat umur kita yang pergi Dari hari ke minggu, makin jauh umur kita pergi Yang pergi itu tidak berganti Yang pergi tetap pergi, yang datang mengurangkan lagi Dari minggu ke bulan, bertambah laju umur kita lari Lari tidak akan bertemu lagi Yang lari tetap lari, tidak kembali Dari bulan ke tahun, Oh makin jauh dia pergi Dari tahun ke tahun pacuannya terlalu laju Begitulah umur kita pergi, setiap detik dia luak Kita merasa umur kita bertambah lagi Luak, terus luak, kurang terus kurang Kita merasa umur kita bertambah panjang Kita pun berangan-angan panjang Kerana merasakan hidup panjang lagi Tiba-tiba MATI... Di waktu itu terbeliak biji mata Bekalan yang dibawa tiada Menyesal sepanjang masa, tidak berkesudahannya. Nukilan : Abi Khaulah Tanggal : 01.06.1997 salam, Ainun 11:12 p.m. - 2005-03-13 ----------------------------------------------------------------------------------------- |
||||||
|
||||||