assie's Diaryland Diary ----------------------------------------------------------------------------------------- Zulhijjah... Salam zulhijjah. 1. Apa? Dah nak raya haji? 2. Apa? Dah masuk 1 Zulhijjah? Sejenak memerhatikan dua dialog di atas, umum bersetuju bahawa dialog pertama lebih kerap diperkatakan berbanding dialog kedua. Lantaran kedangkalan kita mengenai fadhilat 10 hari pertama di bulan Zulhijjah, ramai manusia akhir zaman kabur dengan hari-hari yang agung di dalam Islam, sekaligus lalai dengan tibanya pesta ibadah menjelang haji. Tulisan ringkas ini bertujuan untuk memberikan sedikit peringatan kepada ikhwah dan akhawat, mengenai fadhilat pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah sepertimana yang termaktub di dalam al-Quran dan al-Sunnah. Allah swt telah memuliakan 10 hari pertama di bulan Zulhijjah dengan bersumpah ke atasnya di dalam surah al-Fajr, ayat 1-2. Ulamak salaf dan khalaf rata-rata mentafsirkan ‘wa layalin casyr’ sebagai sumpah Allah swt ke atas 10 hari terakhir di bulan Zulhijjah. Sumpah Allah ke atas sesuatu perkara, merupakan bukti akan keagungan perkara tersebut. Rasulullah SAW turut memberikan penekanan terhadap fadhilat 10 hari pertama di bulan Zulhijjah. Antara contoh hadith yang punya kaitan langsung dengan kelebihan hari-hari tersebut ialah seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas, sesungguhnya Rasulullah bersabda, “Tiadalah hari di mana amal soleh lebih disukai oleh Allah melainkan pada 10 hari pertama di bulan Zulhijjah.” Para sahabat bertanya kepada Rasulullah, “Adakah demikian termasuk jihad fi sabil lillah?” Rasulullah menjawab, “Ya, termasuk jihad fi sabilillah, melainkan seseorang yang keluar dengan jiwa dan hartanya, dan dia tidak kembali selepas daripada itu (syahid)” – Hadith Sohih, Riwayat Bukhari. Syeikh Muhammad Soleh al-Munjid, antara ulama’ Saudi, ketika membahaskan fadhilat 10 hari pertama di bulan Zulhijjah, berkata bahawa nas Al-Quran dan Al-Sunnah di atas merupakan dalil yang membuktikan betapa 10 hari pertama di bulan Zulhijjah merupakan hari-hari yang paling mulia sepanjang tahun. Kemuliaannya mengatasi kemuliaan 10 hari terakhir di bulan Ramadan. Pun demikian, sambung Syeikh Al-Munjid, fadhilat 10 MALAM terakhir di bulan Ramadhan mengatasi segala-galanya, kerana di sana terdapatnya satu malam istimewa dikenali sebagai malam lailatu qadar. Kehebatan 10 hari pertama di bulan Zulhijjah turut turut dapat dilihat apabila ianya ditamatkan dengan hari di mana umat Islam menunaikan kemuncak ibadah haji di tempat yang paling mulia di sisi Allah di muka bumi ini, iaitu di Mekkah. Gabungan hari yang paling mulia, dengan tempat yang paling mulia, perlu diinsafi oleh semua umat Islam, betapa sewajarnya kita perlu untuk melipatgandakan amalam kita sepanjang hari-hari tersebut. Justeru, Rasulullah telah mengajar kita akan beberapa ibadat yang perlu dipertekankan sepanjang 10 hari pertama di bulan Zulhijjah ini. 1. Berpuasa pada 9 hari pertama. 1:36 a.m. - 2005-01-14 ----------------------------------------------------------------------------------------- |
||||||
|
||||||